Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Liga Juara-Juara Eropah - Real Madrid 2 Bayern Munich 1

MUNICH - Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-100 Eropah semalam untuk membantu Real Madrid menang 2-1 mengatasi Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara Eropah dalam perlawanan suku akhir permainan pertama.

Arturo Vidal memberi gol pendahulu untuk Bayern dalam separuh masa pertama, tetapi kemudian gagal dalam sepakan penalti sejurus sebelum separuh masa pertama.

Ronaldo cemerlang membuat dua jaring gol, satu pada minit ke-47 dan gol kemenangan pada minit ke-77.

(Sumber - AFP)