Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Fabio Fognini Mara Separuh Akhir ATP Geneva

  • Published in Sukan
Foto - AFP

GENEVA - Pilihan kedua, Fabio Fognini dari Itali mara ke separuh akhir kejohanan ATP Terbuka Geneva.

Fognini mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Tennys Sandgren, 7-6 dan 7-6.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pilihan ketiga, Stan Wawrinka dari Switzerland.

Wawrinka tersingkir selepas tunduk 4-6 dan 0-6 kepada Marton Fucsovics dari Hungary.

Turut mengalami nasib malang, pilihan pertama, Sam Querrey dari Amerika Syarikat.

Beliau tewas 5-7, 7-6 dan 6-7 kepada Guido Pella dari Argentina.


((AFP))