Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Putrajaya Bersedia Anjur Karnival Permotoran Asia Tenggara

PUTRAJAYA  - Putrajaya akan menjadi tuan rumah karnival permotoran terbesar di Asia Tenggara, Motonation 2017, pada Disember ini yang dijangka menarik kedatangan 500,000 pengunjung.

Bakal berlangsung di ruang terbuka dan dewan pameran tertutup Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini dari 1 hingga 3 Dis, Motonation 2017 antara lain akan disertai anggota kelab 'drift', 'drag' dan lumba serta mengetengahkan koleksi kenderaan VIP dan kerabat diraja.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Motonation 2017 di PICC di sini hari ini, penasihat Procara Entertainment Sdn Bhd Datuk Nazifuddin Mohd Najib berkata Motonation 2017 akan menghimpunkan penggemar aktiviti permotoran serta mempamerkan kereta, motosikal, alat ganti dan aksesori selain menyokong rantaian dalam landskap automotif.

(Sumber - Bernama)