Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Tarikh Penutupan Sukan SEA Diawalkan Sehari

KUALA LUMPUR - Tarikh penutupan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur diawalkan sehari kepada 30 Ogos berbanding tarikh asal, 31 Ogos.

Ia bagi menghormati hari wukuf di Arafah dan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Khairy yang ditemui selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017 kali ke 16 di Putrajaya menjelaskan, penukaran  tarikh itu bagaimanapun tidak menjejaskan kelancaran temasya.

Malah penukaran tarikh itu juga turut mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri.

Bagi menyesuaikan dengan tarikh penutupan itu, sekurang-kurangnya jadual 5 jenis sukan akan dirombak.

Dan keputusan dimuktamadkan daripada jawatankuasa teknikal akan diumum dalam masa terdekat.

Sumber : BERITA RTM