Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

IJN Sasar Kutip Dana RM800,000 Dalam Kejohanan Golf Amal

KUALA LUMPUR - Majalah Golf Digest Malaysia dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) akan menganjurkan pertandingan golf amal korporat 13 Mei depan bagi mengumpul dana membiayai kos rawatan 20 pesakit jantung kanak-kanak.
  
Pesakit jantung berkenaan yang berumur antara satu bulan hingga 16 tahun itu merupakan pesakit yang mendapat rawatan di IJN dan dikenalpasti daripada golongan kurang mampu.
 
Pengerusi Penganjur, Datuk Zainal Abidin Putih dalam sidang medianya di IJN berkata, ekoran keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan,  pesakit jantung yang merupakan penyakit  paling berisiko menyebabkan kematian perlu dibantu.

Antara jenis bantuan yang akan diberikan termasuk  wang pembiayaan kos rawatan pesakit jantung berlubang yang mencecah hingga RM35 ribu.

Bagi menyertai pertandingan golf amal berkenaan, borang penyertaan boleh diperoleh dengan melayari laman web tertera sebelum 30 April.

Peserta boleh mendaftar sebagai satu kumpulan korporat terdiri daripada empat orang mahupun sebagai pemain individu.


Sumber : BERNAMA