Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Genoa Pecat Jurulatih Andrea Mandorlini Selepas Dua Bulan Dilantik

ITALI - Genoa memecat jurulatih, Andrea Mandorlini tidak sampai dua bulan selepas dilantik.

Pengurusan kelab Itali itu mengambil semula Ivan Juric selaku pengendali selepas dia digantikan dengan Mandorlini pada 20 Februari lalu.

Mandorlini hanya sempat memimpin tujuh perlawanan bersama Genoa dengan hanya meraih sekali menang dan sekali seri.

Selebihnya kalah.

Sumber : AFP