Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Presiden Iran Selar Kegagalan Stesen TV Siar Kemenangan Atlet Wanita

  • Published in Sukan
Foto - AFP

TEHRAN - Presiden Iran, Hassan Rouhani mempertikai saluran televisyen negeri yang gagal menyiarkan kemenangan atlet wanita yang mewakili Republik Islam itu.

Beliau mempersoal media penyiaran berkenaan, alasan mereka tidak memberi liputan kepada penglibatan kaum wanita dalam sukan terutama atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.

Beliau secara spesifik merujuk kemenangan Iran ke atas Jepun dalam Kejohanan Futsal Asia peringkat akhir.

Di Iran kebiasannya, sukan yang melibatkan wanita, tidak dihadiri oleh penyokong lelaki dan ketiadaan liputan media.

((AFP))