Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Kerajaan Negeri Perak Cadang Tubuh Perbadanan Stadium

IPOH - Kerajaan Negeri Perak bercadang menubuhkan Perbadanan Stadium bagi menguruskan kemudahan sukan di seluruh negeri itu, menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata penubuhannya bagi memastikan infrastruktur sukan negeri berada dalam keadaan baik sebelum dan selepas panganjuran sukan berkenaan.

Kewujudannya juga bagi mengurus kemudahan sukan yang sedia ada sekali gus dapat mengelakkannya menjadi "Gajah Putih"selepas SUKMA itu berlangsung.

Beliau berkata demikian semasa menjawab solan tambahan Mohammad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi) pada Persidangan  Dewan Negeri Perak, di Ipoh

Sementara itu dalam sesi pergulungan Datuk Shahrul turut memaklumkan Perak menyasarkan pungutan 60 emas untuk Sukma 2018.

 

Sumber : BERITA RTM