Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Romero Alami Kecederaan Lutut

  • Published in Sukan
Foto - AFP

BUENOS AIRES - Penjaga gol Manchester United, Sergio Romero terpaksa digugurkan daripada senarai skuad Argentina yang akan beraksi pada Piala Dunia 2018, bulan depan ekoran kecederaan.

Menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Argentina, Romero, 31, mengalami kecederaan lutut kanan semasa sesi latihan skuad kebangsaan di Buenos Aires.

Penggantinya akan diumumkan beberapa hari lagi.

((AFP))