Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Malaysia Jadi Tuan Rumah Kejohanan Dodgeball Asia Pasifik 2017

PUTRAJAYA - Selepas temasya Sukan SEA dan Para Asean Kuala Lumpur 2017, Malaysia terus menjadi tumpuan dunia apabila dipilih menjadi  tuan rumah Kejohanan Dodgeball Asia Pasifik, APC 2017.

Kejohanan edisi kedua itu dijadual berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober depan di Arena Axiata, Bukit Jalil dan dianjurkan oleh Persekutuan Dodgeball Malaysia, MDF.

Menurut Presiden MDF, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, sebanyak 11 buah negara termasuk Malaysia akan bertanding dalam kejohanan yang menawarkan tiga slot untuk ke Piala Dunia Dodgeball di New York, Amerika Syarikat tahun depan.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran APC 2017 yang disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Putrajaya.

 

Sumber : BERITA RTM