Thursday, February 20, 2020

updated 7:39 AM UTC, Feb 20, 2020

Liridon Krasniqi sah jadi warganegara Malaysia

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 3 Feb - Pemain Johor Darul Takzim, Liridon Krasniqi secara rasmi menjadi warganegara Malaysia.

Beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, pagi tadi.

Berita baik itu dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasa skuad kebangsaan, "Harimau Malaya" mengorak langkah seterusnya dengan perkembangan tersebut.

Ini kerana pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Kosovo itu berpeluang menjadi pemain naturalisasi kedua negara selepas Mohamadou Sumareh dan hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FAM katanya akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.