Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Iniesta Ucap Selamat Tinggal

  • Published in Sukan
Foto - AFP

BARCELONA - Andres Iniesta mengucapkan selamat tinggal pada perlawanan terakhirnya bersama Barcelona yang menyaksikan juara liga itu menumpaskan Real Sociedad, 1-0 pada La Liga, Sepanyol.

Ketika digantikan pada separuh masa kedua, Iniesta menerima tepukan gemuruh semasa beliau menyerahkan lilitan lengan sebagai kapten kepada Lionel Messi selepas 22 tahun bersama Barcelona.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Philippe Coutinho.


((AFP))