Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Liga Perdana - Terengganu 2 Sabah 0 Dan JDT II 5 Kuantan FA 2

KUALA LUMPUR - Terengganu mencatatkan kemenangan ke tujuh setelah berjaya mengatasi Sabah dengan keputusan 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada minit ke-32, Terengganu berjaya mendapat gol melalui pemain Nasir Faiz dengan sepakan percuma yang melering masuk gol. Lazaro menandukan gol kedua Terengganu hasil sepakan percuma pada minit ke-51.

Di Stadium Darul Makmur pula, JDT II mengukuhkan kedudukan apabila menewaskan Kuantan FA 5-2. pasukan JDT II mendahului 5 gol sebelum Kuantan FA balas 2 gol pada lewat permainan.

(Sumber - Beritanasionalrtm rasmi)