Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

BWF Membatalkan Cadangan Memperkenalkan Sistem Pemarkahan Baharu.

  • Published in Sukan

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membatalkan cadangan memperkenalkan sistem pemarkahan baharu.

Rancangan menggantikan kiraan sedia ada, 21-mata menerusi 3 set terbaik kepada 11 mata menerusi lima set terbaik, tidak akan diteruskan.

Usul meluluskan sistem baharu itu yang dibentang dalam Mesyuarat Agung BWF, disokong oleh 129 anggota manakala 123 yang lain menolak.

Untuk diluluskan, usul memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

((AFP))