Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

10 individu dikenalpasti, 6 masih ditahan berhubung sebar berita palsu berkaitan Coronavirus

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 3 Feb - Berhubung penularan berita palsu berikaitan Coronavirus, setakat ini sepuluh individu dikenal pasti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Pegawai Pematuhan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin ketika dihubungi RTM semalam memaklumkan, enam individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat tidak benar, sebelum ini masih ditahan untuk diambil keterangan oleh pihak berkuasa.

Tegasnya individu yang menyebar khabar angin juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam

Justeru beliau sekali lagi menasihati orang ramai agar sentiasa menyemak kesahihan kandungan berita atau maklumat di media sosial sebelum berkongsi atau menyebarkannya kepada pihak lain.

SKMM juga akan terus membuat pemantauan bagi memastikan penularan berita palsu dapat dikawal.