Logo

Sree Abiraame bakal sertai ujian saringan selama dua minggu bagi melayakkan diri ke Sekolah Antarabangsa Figure Skating, 'Marupes Ledus Skola'

SELANGOR - Bintang muda sukan luncur ais negara, Sree Abiraame B Chendren bakal menyertai ujian saringan selama dua minggu bermula 16 September bagi melayakkan diri ke Sekolah Antarabangsa Figure Skating, 'Marupes Ledus Skola' yang berpangkalan di Rusia.

Presiden Persatuan Luncur Ais Malaysia, ISAM, Mohamad Fadzli Johan berkata, latihan intensif selama lima tahun itu akan memastikan Abhiraame berada pada landasan tepat untuk digelar juara Olimpik Musim Sejuk 2026 DI Milan, Itali.

Menurut Fadzli, antara syarat memasuki akademi latihan luncur ais terkemuka itu Sree Abiraame perlu menjalani latihan selama 72 jam dan akan dinilai jurulatih bertaraf Olimpik.

Tambahnya, Abhiraame akan menjadi atlet Malaysia pertama menjalani sesi latihan di akademi tersebut sekiranya melepasi ujian percubaan itu.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan penajaan berjumlah 800,000 Ringgit daripada beberapa badan swasta antaranya OMS Foundation, Tamil Malar, Daily & Kingsley International School bertempat di Majlis Sukan Negeri Selangor.

Pada Majlis tersebut juga, Sree Abiraame menerima pembiayaan pelbagai sesi latihan dan persediaan sama ada di dalam dan luar negara untuk tempoh tujuh tahun disampaikan Pengerusi yayasan tersebut, P. Thiagarajan.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.