Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Tiga suspek telah ditahan setakat susulan kekecohan perjumpaan ARMADA

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 2 Feb - Seorang lagi suspek ditahan selepas disyaki terbabit insiden kekecohan dan provokasi pada perjumpaan ARMADA Parti Pribumi Bersatu, BERSATU Johor yang disertai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Jumaat lepas.

Penahanan menjadikan jumlah individu yang ditahan setakat ini tiga orang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, semua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan semalam.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.