Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Persatuan Bola Sepak India Malaysia Perlu Dana 3.8 Juta Untuk Terus Berada Dalam Liga

  • Published in Sukan
Foto - BERITA NASIONAL RTM

19 MEI: Skuad bola sepak Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) memerlukan dana sekurang-kurangnya 3.8 juta ringgit bagi mengharungi baki saingan liga Malaysia.

Presidennya, Datuk T Mohan memberi komitmen untuk mendapatkan dana berkenaan ATAU terpaksa menerima nasib yang sama dengan pasukan Kuantan FA.

Diperjelasakan, dana yang diperlukan bagi mengurus dua pasukan iaitu di Liga Premier dan Piala Presiden.

Ketika ini, pasukan MIFA yang ditubuhkan pada 2004 banyak bergantung dana kerajaan persekutuan, Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan timbalan menteri daripada masyarakat India.

Perubahan tampuk kerajaan persekutuan ketika PRU14, telah menyaksikan Pakatan Harapan berjaya menguasai  pemerintah pusat, sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan ini.

Oleh itu, Datuk T Mohan berharap agar pemimpin India daripada Pakatan Harapan dapat mengambil alih pasukan ini, memandangkannya adalah satu-satu pasukan ditubuhkan khusus untuk orang India.

Ketika ini, MIFA yang bersaingan di Liga Premier menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menghuni tangga ke empat liga.

((RTM TV))