Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita

  • Published in Sukan
Foto - BERITA NASIONAL RTM

19 MEI: KOREA - Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Stadium Sunrise, Donghae, Korea Selatan.

Malaysia memberikan saingan sengit sebelum tewas 3-2 kepada juara bertahan, India pada aksi terakhir.

Ia merupakan kekalahan ketiga dialami skuad Malaysian Tigress setelah tewas, masing-masing dengan keputusan 1-3 kepada Korea Selatan dan China pada dua aksi terdahulu.

Skuad hoki wanita kebangsaan, sebelum ini berjaya menamatkan badi kekalahan apabila mengejutkan pasukan ranking ke-12 dunia, jepun 3-2 pada aksi ketiga.

Skuad negara kini masih menantikan sama ada layak ke penentuan tempat ketiga dan keempat memandangkan skuad Jepun yang berada di tempat kelima masih mempunyai baki satu lagi perlawanan berdepan China, HARI INI .

((RTM TV))