Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Perpaduan elemen penting meningkatkan kerjasama membangunkan negara

  • Published in Nasional

SUNGAI PETANI, 1 Feb - Malaysia dengan masyarakat yang berbilang kaum, menjadikan perpaduan amat penting untuk dipupuk dan dipelihara dalam meningkatkan kerjasama antara semua dalam aspirasi membangunkan negara.

Tanpa sikap kesefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat tentunya rakyat tidak dapat menikmati kehidupan dalam suasana harmoni serta aman damai.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, Senator P.Waythamoorty berkata,  generasi muda perlu menghayati erti perpaduan sebenar bagi mewujudkan masyarakat bersatu padu sekaligus menjunjung cita-cita yang termaktub di dalam Rukun Negara.

Menurutnya, keamanan mutlak hanya akan tercapai melalui persefahaman dan memastikan hak serta maruah setiap rakyat sesebuah negara sentiasa terpelihara dan dihormati.

Sehubungan itu, seluruh rakyat negara ini perlu bersama-sama berganding bahu dengan menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi dan penguasaan teknologi, seiring aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Beliau berucap pada Karnival Perpaduan Dihatiku Peringkat Daerah Kuala Muda tahun 2020.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir.

Tambanya lagi,sebagai satu masyarakat, rakyat juga berperanan mempertingkatkan budaya dan cara hidup bermasyarakat.