Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Pekerja yang terkandas di China perlu maklumkan situasi semasa kepada majikan

  • Published in Nasional

POKOK SENA, 1 Feb - Pekerja Malaysia yang masih terkandas di China, perlu memaklumkan situasi yang dihadapi kepada majikan masing-masing bagi mengelakkan sebarang tindakan displin atau dibuang kerja.

Dalam masa sama, majikan juga kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, perlu mempunyai pertimbangan kepada pekerja mereka.

Bercakap di Pokok Sena, Kedah, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, turut menyarankan kepada para pekerja untuk mematuhi pemakaian topeng muka juga mengamalkan kebersihan diri seperti yang disaran Kemenerian Kesihatan.