Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Mahu kemelut MIHF berakhir sebelum Sukan SEA Filipina - Bekas Timbalan Presiden

  • Published in Sukan

PETALING JAYA - Bekas Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Ais Malaysia (MIHF), Haniff Mahmood berharap segala kemelut yang menghantui badan induk itu dapat diselesaikan menjelang Sukan SEA Filipina 2019 hujung tahun ini.

Masalah itu hanya akan mensia-siakan peluang negara memperoleh kejayaan lebih-lebih lagi apabila skuad hoki ais itu dilihat sebagai prospek penyumbang pingat.

Tegas Haniff, kemelut turut menyebabkan persediaan pemain negara terganggu.

Laporan media hujung bulan lalu menyatakan MIHF dilanda kemelut selepas tercetus pergaduhan antara pemain negara dan pengurusan badan induk itu.

Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA 2019 mengarahkan MIHF menyelesaikan perselisihan berkenaan sebelum memutuskan senarai nama pemain yang bakal beraksi di Filipina.

Setakat kelmarin, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan belum menerima senarai terbbait.

Haniff ditemui pada Majlis Pelancaran Kelab Hoki Ais Harimau Warriors di Petaling Jaya.