Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Misi Everest: Lee Menuju Ke Namche Bazaar Hari Ini

KUALA LUMPUR - Pendaki tertua negara James Lee memulakan perjalanan ke Namche Bazaar kira-kira 11.3 kilometer dari Phakding dalam misi menawan puncak Gunung Everest.

Pegawai Perhubungan Awam dan Publisiti Lions Mount Everest Expedition (MEE)  Sherine Leong berkata perjalanan ke Namche Bazaar, yang terletak pada ketinggian 3,446 meter dari paras laut, dijangka mengambil masa di antara lima hingga enam jam.

Ini percubaan kedua Lee, 69, untuk menakluk Gunung Everest dalam misi MEE 2017 anjuran Kelab Lions Port Dickson Pantai (LCPDP).

Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir ke puncak Gunung Everest ketika beliau sampai di Kem III, pada ketinggian 7,200 meter, akibat cuaca buruk. Gunung Everest berketinggian 8,848 meter.

Sherine berkata Lee dan pasukannya dijadual meneruskan perjalanan ke Tengboche Monastery pada 7 April.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang perubahan jadual tertakluk kepada cuaca dan keadaan.

((BERNAMA))