Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Go-Jek bantu anak muda dapat peluang pekerjaan - Syed Saddiq

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Keputusan Kabinet meluluskan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, akan memberi peluang untuk anak muda terutamanya 'Mat Motor' untuk mendapatkan pekerjaan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu hantaran video di laman sosial Facebook beliau berkaitan Go-Jek berkata sekiranya dilaksanakan, ia juga dapat membantu masyarakat mendapatkan pengangkutan awam pada kos yang rendah tanpa perlu menghadapi kesesakan trafik yang teruk.

Ia sekaligus memastikan bahawa golongan 'Mat Motor' mendapat peluang pekerjaan puluhan ribu.

Beliau berkata perkhidmatan Go-Jek juga dapat dimanfaatkan oleh para usahawan muda untuk turut sama menjual produk mereka.

Syed Saddiq hari ini telah membentangkan usul dan cadangan kepada Kabinet untuk melaksanakan program itu.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof turut memaklumkan hari ini bahawa jemaah menteru memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

Beliau berkata keputusan telah dibuat supaya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan tanggungjawab mewujudkan ruang serta undang-undang untuk Go-Jek.