Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Semua agensi bertugas di pintu masuk Johor, digesa perketat kawalan keselamatan

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 30 Jan - Di Johor, Menteri Besar Datuk Dr. Sahruddin Jamal menggesa setiap agensi yang bertugas di semua pintu masuk ke negeri itu, memperketatkan kawalan keselamatan.

Setiap agensi itu juga dinasihatkan supaya memiliki pelan komunikasi strategik berkesan bagi memastikan ancaman Coronavirus dapat dikawal dengan baik tanpa mencetuskan keresahan rakyat.

Antara pintu masuk terlibat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar, serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Abu Bakar.

"Sebagai agensi pengurusan keselamatan, kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat menerusi pelbagai medium termasuklah media sosial mengenai strategi-strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui kementerian
kesihatan," beliau memberitahu media selepas menghadiri Majlis Aspirasi Pengurusan Kawalan Keselamatan di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor.