Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

British Airways tangguh semua penerbangan ke China

  • Published in Berita Dunia

 

LONDON, 30 Jan - Syarikat penerbangan Britain, British Airways turut menangguhkan kesemua penerbangan terus ke tanah besar China selepas Britain memberi amaran tentang semua perjalanan kecuali lawatan yang tidak dapat dielakkan ke negara itu disebabkan penularan wabak Coronavirus.

Laman sesawang syarikat penerbangan itu juga tidak memaparkan jadual penerbangan terus ke China bagi bulan Januari dan Februari.

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan yang dihadapi, dan keselamatan pelanggan serta kru penerbangan mereka adalah menjadi keutamaan.

Britain turut menasihati rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke China, kecuali sekiranya ia tidak dapat dielakkan.