Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Datuk Seri Mukhriz Sedia Jadi Presiden KFA Jika Penyokong Mahu

  • Published in Sukan
Foto - Bernama

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya itu yang dimahukan penyokong-penyokong ‘Lang Merah’.

Katanya beliau tidak kisah diberi jawatan apa pun kerana fokus utamanya sekarang adalah untuk memastikan bola sepak di Kedah dapat dibangunkan dengan sewajarnya. 

Beliau berkata kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun,Datuk Seri  Mukhriz berkata beliau menyerahkan keputusan pemilihan itu kepada pihak pengurusan KFA dan suara peminat bola sepak Kedah.

Manifesto PH negeri antara lain mengandungi janji PH untuk menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA.

((BERNAMA))