Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Komitmen tinggi kunci kejayaan pasukan ragbi B-18

  • Published in Sukan

 

 KUNMING (CHINA) - Komitmen tinggi juga kerjasama pemain kunci kejayaan skuad Bawah-18 negara mempertahankan gelaran juara Kejohanan Ragbi tujuh sebelah (7s) Asia, Ahad lepas.

Ketua jurulatih, Wan Norsyahmi Wan Daud mengakui pemain beraksi cemerlang dan bangkit semula selepas ketinggalan 0-10 pada separuh masa pertama bagi mencatatkan kemenangan 14-10 ke atas tuan rumah, China di Kunming.

Beliau menyatakan demikian selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA2, Sepang, Selangor.

Terdahulu, ketibaan mereka disambut Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Wan Norsyahmi turut menyambut baik pengumuman Syed Saddiq bahawa skuad berkenaan akan menerima ganjaran berbentuk program pembangunan untuk latihan dan penyertaan lebih banyak kejohanan.