Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Skuad Podium Muaythai Negara mencipta kejutan di Kejohanan Muaythai Asia Timur, Hong Kong

  • Published in Sukan

HONG KONG - Skuad Podium Muaythai Negara mencipta kejutan di Kejohanan Muaythai Asia Timur, Hong Kong apabila meraih tiga emas dan dua gangsa.

Biarpun tidak diletakkan sebarang sasaran, namun kejayaan yang ditunjukkan mampu membuatkan Presiden Muaythai Malaysia; Datuk Muhammad Shahnaz tersenyum.

Menurut Datuk Muhammad, beliau sangat berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan atlet.

Ini kerana kejohanan itu sebenarnya dianggap sebagai sesi pemanas badan sebelum kejohanan Muaythai remaja dunia dan Sukan Sea Filipina 2019

Emas pertama negara hadir menerusi Mohd Rifdean Masdor bagi kategori 48 kilogram yang menewaskan peninju tuan rumah dengan keputusan 5-0.

Turut menyumbang emas, Juara Muaythai remaja dunia 2016 dan pemenang pingat perak remaja dunia 2018; Nur Amisha Azrilrizal dalam kategori 51 kilogram yang menundukkan wakil dari Taiwan.

Mohamed Mahmoud melengkapkan pingat emas ketiga negara apabila turut menewaskan peninju tuan rumah dengan keputusan 4-1 bagi kategori 67 kilogram.

Dua pingat gangsa disumbang peninju negara Zulhelmi Rosli dan Tasha Amira yang masing-masing tewas kepada peninju Mongolia dan Hong Kong di peringkat separuh akhir.

Nur Amisha dan Mohd Rifdean akan Ke terbang Antalya, Turkey bulan hadapan bagi menyertai Kejohanan IFMA Muaythai Remaja Dunia sebelum ke Sukan SEA Filipina 2019.