Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Kejayaan Saddam mengharumkan nama negara dalam Perlumbaan Spartan peringkat Asia Tenggara

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha keras.

Itulah kata-kata dipegang oleh Mohd Saddam Mohd Pittli yang berjaya mengharumkan nama negara dalam Perlumbaan Spartan peringkat Asia Tenggara 

Beliau menjuarai perlumbaan Siri Asia Tenggara setelah menundukkan peserta daripada 25 buah negara lain dalam acara yang berlangsung di Bukit Timah, Singapura, 3 Ogos lalu.

Dalam perlumbaan itu, Saddam berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 1 jam 3 minit dengan jarak 13 kilometer melepasi 35 halangan berbeza.

Anak kelahiran Perak itu turut berharap lebih ramai anak muda dapat menceburi sukan ini kerana mampu mengubah personaliti seseorang menjadi lebih tabah dan cekal dalam mengharungi cabaran.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Saddam yang berkhidmat sebagai anggota tentera berkata latihan secara konsisten perlu dilakukan untuk mengekalkan momentum dan kekuatan fizikal serta mental.

Tambahnya latihan perlu dilakukan 7 hari seminggu dalam 2 sesi yang disertai dengan larian sekurang-kurangnya 20 kilometer sehari.

Perlumbaan Spartan merupakan sukan lasak disertai dengan pelbagai halangan mula dikenali oleh umum setelah dibawa masuk ke negara ini pada tahun 2015.