Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Penggunaan bulu sintetik perlu segera diperluaskan kepada pemain badminton negara - Datuk Misbun Sidek

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pengarah Teknikal Skuad Badminton Remaja Kebangsaan, Datuk Misbun Sidek berharap penggunaan bulu sintetik segera diluaskan kepada pemain badminton negara untuk memastikan mereka cepat untuk membiasakan diri dengan penggunaan bola baru itu.

Ia juga sebagai persediaan awal dari keputusan Persekutuan Badminton Dunia, BWF yang meluluskan penggunaan bulu sintetik untuk semua kejohanan antarabangsa menjelang 2021.

Menurut Datuk Misbun ia penting untuk digunakan dalam latihan dalam proses membiasakan diri dengannya kerana perbezaan permainan menggunakan bulu tangkis dan bulu sintetik adalah sangat ketara.

Beliau ditemui pemberita pada majlis perkahwinan anaknya Misbun Ramdan di Ibu Negara semalam.

Ujarnya lagi, penggunaan bulu sintetik memerlukan pemain untuk berlatih lebih dari biasa bagi` memahirkan diri memahami corak pergerakan dan cara mengawalnya.