Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Bekas bintang bola keranjang, Kobe Bryant terbunuh akibat helikopter dinaiki terhempas di California

  • Published in Sukan

CALIFORNIA, 27 Jan - AMERIKA SYARIKAT Bekas bintang bola keranjang, Kobe Bryant terbunuh akibat helikopter dinaiki terhempas di California.

Juara 5 kali kejohanan NBA bersama Angeles Lakers itu meninggal dunia bersama 4 lagi mangsa lain dalam nahas berkenaan.

Tiada yang terselamat dalam Insiden dilaporkan terjadi pukul 10 pagi waktu tempatan semalam, di Calabasas.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti mangsa terlibat selain Bryant.

Bryant yang berusia 41 tahun dikenali dengan kegemarannya menggunakan helikopter jenis Sikorsky S-76 untuk berulang alik ke mana-mana termasuk ke perlawanannya sepanjang kariernya.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat telah mengenalpasti helikopter berkenaan milik Bryant dan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung nahas berkenaan.