Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Keputusan Terbuka Tenis Miami

FLORIDA - Pemain bukan pilihan dari Itali, Fabio Fognini mengejutkan pilihan kedua, Kei Nishikori dari Jepun, 6-4, 6-2 untuk mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Tenis Miami.

Fognini akan menentang pemenang perlawanan suku akhir di antara Rafael Nadal dari Sepanyol dengan pemain tuan rumah, Jack Sock. 

Dalam saingan wanita, pemain Britain, Johanna Konta mengalahkan Simon Halep dari Romania, 3-6, 7-6, 6-2 untuk menempah tempat di separuh akhir.

Kemenangan ke atas pilihan ketiga itu menjadikan Konta, pemain wanita Britain pertama layak ke separuh akhir sepanjang kejohanan Terbuka Miami.

Dia akan berdepan pemenang perlawanan di antara Venus Williams dari Amerika Syarikat dengan pemain wanita nombor satu dunia, Angelique Kerber dari Jerman. 

((AFP))