Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Brazil Mara Saingan Akhir Piala Dunia 2018

MONTEVIDEO - Brazil menjadi pasukan pertama layak ke saingan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia. 

Ia selepas kemenangan 3-0 skuad Selecao ke atas Paraguay selain kekalahan 1-2 Uruguay kepada Peru. 

Keputusan itu mengesahkan Brazil salah satu daripada empat slot automatik peringkat kelayakan Zon Amerika Selatan. 

Berbaki empat lagi aksi, skuad samba kini mengumpul 33-mata, sembilan mata mengatasi Colombia di tempat kedua. 

Diikuti Uruguay dan Chile dengan 23-mata manakala Argentina kelima dengan 22-mata.   

((AFP))