Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

10 Nama Pemain Ping Pong Bakal Dimuktamadkan

KUALA LUMPUR - Senarai akhir nama 10 pemain ping pong akan diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dimuktamadkan untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. 

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) Chan Fong Keong. 

Jelas Chan, senarai nama itu akan diserahkan kepada MOM dalam minggu ini. 

Namun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut pemain-pemain yang disenarai pendek itu. 

Menyentuh mengenai persiapan pasukan pula, jelas Chan, semuanya berjalan lancar dan  kesemua pemain  bakal mengharungi latihan fasa akhir di negara tembok besar China pada Jun nanti. 

Beliau  ditemui di ibu negara selepas menghadiri Klinik Ping Pong melibatkan 25 orang pelajar sekitar ibu negara bersama beberapa pemain ternama dunia. 

Ia dianjurkan penganjur Liga Ping Pong tersohor dunia T2 Asia Pasifik. 

((RTM))