Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

PBSNT Bersedia Dipilih Lokasi Mesyuarat FAM

KUALA NERUS - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedia memberi kerjasama sekiranya dipilih sebagai lokasi mesyuarat pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Menteri Besar yang juga Presiden PBSNT Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan mempersiapkan kemudahan yang diperlukan FAM jika Terengganu dipilih sebagai lokasi mesyuarat pengurusan badan induk itu.

Katanya jawatankuasa baharu badan induk itu juga diberi peluang meninjau dan menambah kekurangan yang terdapat di stadium yang dijadikan gelanggang pertandingan bola sepak.

Beliau berkata selepas majlis PBSNT Bersama Penyokong, Penaja dan Media di Duyong Marina & Resort, di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Razif berkata pelantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia yang baharu, mampu mengembalikan kegemilangan skuad negara di persada antarabangsa.

Jelasnya pengalaman TMJ sepanjang menerajui JDT cukup ketara berdasarkan kejayaan yang dilakar pasukan itu sejak kebelakangan ini.

((BERNAMA))