Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Sukan Kanu disasar penyumbang emas bagi Kontinjen Johor menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU - Sukan Kanu disasar antara acara utama penyumbang emas bagi Kontinjen Johor, menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Sukan tersebut dilihat berpotensi dalam merealisasi sasaran terkini kontinjen Johor, iaitu meraih 43 pingat emas.

Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar mengesahkan, venue-venue dan semua fasiliti SUKMA kini di fasa terakhir untuk disiapkan, dan dijangka siap sepenuhnya, April ini.

Jumlah sasaran pingat emas juga bergantung kepada prestasi semasa atlet.

Mohd Khuzzan menyatakannya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Lantikan Ketua Kotinjen dan Timbalan-Timbalan Ketua Kontinjen SUKMA Johor
2020, di Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Wisma YPJ Holdings Sendirian Berhad, Datuk Amran A. Rahman dilantik sebagai Chef de Mission.