Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Cristiano Ronaldo Dinamakan Pemain Bola Sepak Yang Mendapat Pendapatan Tertinggi Untuk Tahun 2016-17

PARIS - Penyerang bola sepak dari Portugis dan kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo adalah pemain bola sepak yang disenaraikan mendapat bayaran tertinggi pada tahun 2016-17, dengan 87.5 juta euro pendapatannya, mendahului persaingannya dari Argentina dan kelab Barcelona, Lionel Messi dengan pendapatan 76.5m euro, menurut angka boleh didapati dalam edisi "France Football".

Rakan sepasukan Ronaldo dari Brazil, Neymar  menduduki tempat ketiga dengan 55.5 juta euro mendahului Gareth Bale yang juga dari Real Madrid dan Wales memperolehi pendapatan 41m euro.

France Football berkata ia berdasarkan angka pada gaji, bonus dan pendapatan pengiklanan untuk musim 2016-2017.

(Sumber - AFP)