Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Khairul Idham selamat jalani pembedahan kecil tangan kanan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani pembedahan kecil tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona, Sepanyol pada Selasa.

Pembedahan selama dua jam itu bertujuan menstabilkan kecederaan pelumba Petronas Sprinta Racing itu di Spanish Grand Prix pada Mei.

ICATME Department of Traumatology, Dr Xavier Mir dan pasukannya melakukan surgeri itu dengan memasukkan skru pada tulang jari anak KIP yang disusun semula.

Dr Mir menjelaskan KIP terpaksa menjalani prosedur potogan kecil jari kanan tiga bulan lalu dan keadaannya semakin pulih.

Prosedur pembedahan kedua pula membantu pembinaan semula tulang dengan memasukkan 'phalange' untuk membentuk kembali jarinya.

Sementara itu, Khairul Idham mengucapkan terima kasih kepada Dr Mir dan pasukanya kerana melakukan pembedahan dengan jayanya.

Khairul Idham Pawi akan pulang ke tanah air untuk menjalani proses pemulihan sepenuhnya sebelum kembali beraksi.