Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Waterski Dunia IWWF 2019 pengiktirafan buat Putrajaya

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Seramai 150 atlet dari 32 negara seluruh dunia dan 8 juara bertahan kini berkampung di tasik Putrajaya bagi mengharuni cabaran kejohanan sulung Waterski Dunia IWWF 2019 yang berlangsung Tasik Presint 6, Putrajaya dari 13 hingga 18 Ogos.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata sebanyak tiga kategori di pertandingkan pada tahun ini iaitu Trik, Jump dan Slalom.

Pemilihan Putrajaya merupakan lokasi kedua selepas China di rantau Asia sejak sukan ini di perkenalkan 10 tahun lalu.

Tambah beliau, ini merupakan satu pengiktirafan dunia kepada Putrajaya dan mengharapkan badan Sukan World Waterski berpuas hati dengan kelengkapan yang terdapat di Pusat Sukan Air, Presint 6 Putrajaya.

Dengan penganjuran sulung sukan ini di Putrajaya, diharap dapat menarik rakyat Malaysia untuk menceburi sukan ini pada masa depan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sukan World Waterski di Putrajaya.