Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 1:14 PM UTC, May 20, 2018

Kelab Al-Jazira,Al-Sadd Menang Pusingan Pertama Liga Juara Asia

  • Published in Sukan

ABU DHABI - Kelab Emeriah Arab Bersatu, Al-Jazira dan kelab Al-Sadd dari Qatar mencapai kemenangan dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Kejohanan Bola Sepak Liga Juara Asia.

Al-Jazira menumpaskan Persepolis dari Iran, 3-2 manakala al-Sadd mengatasi kelab Arab Saudi, al-Ahli, 2-1.

Aksi kedua bakal berlangsung 14 Mei ini.

Sementara itu empat lagi perlawanan berlangsung hari ini termasuk membabitkan kelab tunggal dari Asia Tenggara, Buriram United.

Pasukan Thailand itu akan menentang Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan.

((AFP))