Monday, August 26, 2019
updated 4:56 AM UTC, Aug 26, 2019

'RIMAU 7s' muncul juara Kejohanan Ragbi Trofi Asia

  • Published in Sukan

 


JAKARTA, INDONESIA - Skuad Ragbi 'RIMAU 7s' muncul juara Kejohanan Ragbi 7 sebelah Trofi Asia yang berakhir di Jakarta selepas menang tipis 17-14 ke atas Singapura.

Kemenangan membolehkan skuad itu kembali beraksi ke saingan Siri Asia tahun depan.

Seawal minit pertama skuad ragbi negara tersentak dengan try dan conversion Singapura namun bangkit semula untuk satu try pada minit ke-4.

Bagaimanapun Singapura menjarakkan kedudukan dengan satu lagi try dan conversion sebelum tamat separuh masa pertama untuk selesa 14-5.

Babak kedua Malaysia bangkit menguasai dengan 1 try sebaik bermula, sebelum menambah 1 lagi try dan conversion selang 4 minit untuk mendahului.

Meskipun Singapura cuba mengejar, RIMAU 7 menguatkan pertahanan sehingga tamat permainan untuk menang tipis 17-14.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia kembali beraksi ke Siri Asia tahun hadapan selepas tersingkir ke Trofi Asia tahun ini.

Hanya juara Trofi Asia yang layak beraksi ke Kejohanan Siri Asia.