Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Nicol David Mara ke Suku Akhir Skuasy Terbuka Britian

LONDON - Pemain utama skuasy negara,  Nicol David mara ke suku akhir Terbuka British dan kemudian menolak cadangan bahawa dia mungkin bersara bila-bila masa tidak lama lagi.

Nicol yang berusia 33 tahun menewaskan Joey Chan, dunia nombor 17 dari Hong Kong, 11-4, 14-12, 9-11, 11-2 dan menyatakan dengan jelas bahawa motivasi beliau adalah sama besar seperti biasa.

"Saya masih suka permainan ini dan saya akan terus bermain selagi saya boleh," katanya, apabila ditanya berapa lama beliau boleh teruskan.

Nicol perlu mengalahkan Camille Serme, bekas juara Terbuka British dari Perancis untuk mara keseparuh akhir.

(Sumber - AFP)