Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Sukan Asia 2022: KKMM sedia infrastruktur terbaik pembangunan E-Sukan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyediakan infrastuktur yang terbaik bagi pembangunan industri e-sukan negara.

Jelas menterinya, Gobind Singh Deo, dengan ada kemudahan-kemudahan tersebut, ia boleh membantu pemain e-sukan untuk melakukan persiapan menjelang beberapa sukan utama seperi Sukan Asia 2022 dan mungkin akan dipertanding dalam Sukan Olimpik Perancis 2024.

Tambahnya, kemudahan teknologi mudah alih generasi 5 atau 5G yang akan dilaksanakan secara menyeluruh menjelang 2021, juga akan membantu perkembangan e-sukan, selain meningkatkan keupayaan anak tempatan dalam bidang tersebut.

Gobind menjelaskan kepada media selepas Majlis pengumuman rasmi acara Level Up edisi yang kelima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyaksikan Perjanjian Persefahaman, MoU antara MDEC dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia, PSEM dalam usaha membentuk kerjasama dalam pembangunan e-sukan negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.