Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Pemain Selangor Berat Menanti Musim Ini

Kuala Lumpur - Juara piala Malaysia, Selangor bakal tampil lebih mantap  dengan gandingan pemain lama dan baharu.   

Tugas berat menanti Red Giants kerana bukan sahaja perlu mempertahankan gelaran juara PIala Malaysia malah akan mengharungi saingan Liga AFC. 

Sehubungan itu keserasian barisan pertahanan amatlah penting untuk terus muncul antara pasukan digeruni.   

Barisan pertahanan dilihat kubu paling penting dalam memastikan gawang tidak mudah dibolosi. 

Sehubungan itu benteng The Red Giants diperkukuhkan oleh beberapa pemain pengalaman. 

Ketua pasukan, Muhd Shahrom Abd Kalam berharap dengan cabaran semakin getir musim ini  Selangor dapat mengharunginya dengan kekuatan gabungan pemain yang dimiliki. 

Di bahagian serangan antara pemain yang dibawa masuk bekas pemain Sime Darby dari Liberia, Patrick Ronaldinho serta seorang pemain lagi impot dari Argentina, Maouro Olivi.   

Peledak utama Red Giants, Ahmad Hazwan Bakri serta Khyril Muhymeen Zambri yang sebelum ini malap bersama NS Matrix juga mamasang impian untuk mencapai lebih banyak kejayaan musim ini. 

Mereka ditemui semasa sesi latihan di Shah Alam dikendalikan oleh Ketua Jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan.