Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Tindakan BWF Menggantung 2 Pemain adalah Wajar - Khairy

  • Published in Sukan
Foto: wikipedia

SEREMBAN - Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung 2 pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang adalah wajar.

Ini kerana hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.

BWF menggantung Zulfadli dan Chun Seang, masing-masing 20 dan 15 tahun berkuat kuasa 12 Januari lepas.

((BERNAMA))