Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Lewis Hamilton Ingin Permulaan Yang Pantas Dalam Musim F1 Yang Baharu

MELBOURNE - Lewis Hamilton ingin permulan yang pantas untuk musim F1 yang baharu

Hamilton akan kelihatan bersungguh-sungguh memberi prestasi yang cemerlang di musim Formula Satu yang baharu yang akan bermula di Grand Prix Australia minggu ini, kerana beliau bertujuan mendapatkan semula gelaran dunia berikutan persaraan mengejut juara bertahan tahun lepas Nico Rosberg.

Setelah beraksi sepuluh tahun dalam  F1, Hamilton tiba di litar pusat bandar sebagai obor kepada sukan yang kini di bawah pengurusan baharu dan memaparkan kereta yang lebih lebar dan lebih pantas.

Tahun ini, Hamilton akan menghadapi persaingan  dari muka baru dari pasukan Ferrari dan Red Bull, yang dijangka akan merapatkan jurang dominan Mercedes, dan juga baru rakan sepasukannya Valtteri Bottas dari Finland.

(Sumber - AFP)