Monday, August 26, 2019
updated 5:18 AM UTC, Aug 26, 2019

Sukan memanah raih 5 pingat emas di Taiwan

  • Published in Sukan

FOTO - RTM


SEPANG - 5 pingat emas berjaya dibawa pulang oleh skuad memanah negara dari Kejohanan Memanah Piala Asia Pusingan kedua yang berlangsung di Taiwan.

Ia adalah pencapaian terbaik skuad kebangsaan itu sebelum menyertai Temasya Sukan SEA Filipina November depan. Bagi penyumbang 3 pingat emas acara compound Mohd Juwaidi Mazuki 29 tahun, pencapaian cemerlang dilakarnya di Taiwan sememangnya luar jangkaan.

Misi asalnya hanyalah mahu fokus dalam acara berpasukan lelaki .

Tambahan koleksi 2 emas menerusi acara individu dan berpasukan merupakan bonus buat dirinya.

Manakala bagi pemanah wanita Nur Afisa Abdul Halil kejayaan merangkul 2 emas acara berpasukan compound dan recurve melonjakkan keyakinan diri dan juga rakan sepasukan lain.

Paling utama adalah misi mempertahankan pingat emas dimenangi 2 tahun lalu di Sukan SEA Kuala Lumpur untuk acara berkenaan.

Pasukan memanah negara ditemui di KLIA sejurus tiba dari Taiwan.

Kejohanan Piala Asia pusingan ke 2 di Taiwan, Malaysia meraih emas menerusi acara compound individu, berpasukan lelaki dan campuran. 2 emas lagi hadir menerusi compound dan recurve wanita.

Kejohanan terdekat bakal disertai pemanah negara selepas ini adalah Piala Asia Pusingan ketiga termasuk Pre Sukan Sea di Clark, Filipina 8 hingga 15 September.

Ia diikuti Kejohanan Asia di Bangkok, Thailand 21 hingga 29 September.