Logo

Status acara angkat berat hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA, September ini

JOHOR BAHRU - Status acara angkat berat hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA, September ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sebelum acara itu dibenar untuk dipertandingkan.

Beliau bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Logo dan Maskot Sukma 20, Johor 2020 di Kulai.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan, status angkat berat masih diperhalusi berikutan isu doping yang sering melanda sukan itu seblum ini.

Tambahnya, senarai akhir acara SUKMA 20, Johor 2020 akan dimaklumkan September ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.