Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Muhamad Afiq Raih Pingat Perak Kejohanan Olahraga Dunia Di Dubai

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara, Muhamad Afiq Ali Hanafiah berjaya merangkul pingat perak dalam acara 200 meter kategori T12 di Kejohanan Olahraga Dunia ke-9 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Pingat emas diraih atlet dari Britain Zachary Shaw. 

Terdahulu dalam saingan pertama, Muhammad Afiq mencatat masa terpantas 23.34 saat untuk menduduki podium di tempat kedua. Tempat ketiga milik atlet para Vahid Alinajimi dari Iran. 

((RTM))